7 July 2008

Pertunangan


Pada hari Ahad 29 Jun 2008 yang lalu, acara pertunangan Rini dengan Eddy Dailami telah diadakan di rumah kami di Gombak, Kuala Lumpur. Keluarga Eddy telah datang dari Banda Aceh untuk sama-sama dalam majlis tersebut. Rini dan Eddy telah berkenalan selama lebih 5 tahun. Eddy kini sedang melanjutkan pengajian di New York.

Majlis bertunang diadakan secara sederhana sempena mengingati arwah Rustam A. Sani, yang telah pulang ke Rahmatullah pada 23 April yang lalu. Ahli keluarga terdekat Rini dan Eddy telah sama-sama dalam sebuah majlis doa tahlil sehari sebelum pertunangan, pada 28 Jun.

25 February 2008

Penmaan calon Nurul Izzah | Lembah Pantai nomination

Pada 24.02.08 lalu beberapa anggota keluarga kita berada di Bangsar untuk menyertai para penyokong Nurul Izzah Anwar dalam perhimpunan penamaan calon bagi bertanding untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai. Nurul akan menentang calon Barisan Nasional, Sharizat Jalil dan calon bebas, Perisamy.

Turut serta dalam perhimpunan itu adalah Rustam, Rohani, Zaidah (Intan) dan Ariani.

Some members of our family - Rustam, Rohani, Zaidah (Intan) and Ariani - were at a gathering in Bangsar on Sunday, 24.02.08, to be among supporters of Nurul Izzah Anwar who was filing her nomination papers to contest the parliamentary constuency of Lembah Pantai. Nurul will be challenging the incumbent (minister) Sharizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) and independent candidate, N. Periasamy.

Klik di sini untuk foto perhimpunan itu | Click here for photographs of the event

11 February 2008

Bella berangkat ke Universiti Griffith






















Bella (Sofina Nabila binti Azlan), anak kedua Azlan Zainal Abidin, akan berangkat untuk menyelesaikan pengajiannya di Universiti Griffith (Brisbane, Australia) pada 16 February 2008.

Bella akan melanjutkan pengajiannya bagi memperoleh ijazah dalam bidang Communications (Public Relations). Setelah menyelesaikan tahap “Foundation” dan Tahun Pertama di Kolej Universiti HELP, Bella akan melanjutkan pengajiannya di Griffith selama dua tahun.

Satu majlis kecil mengucapkan selamat berangkat kepada Bella telah dilangsungkan di rumah Rohani dan Rustam di Bukit Lela, Gombak pada hari Ahad, 10 Februari 2008.

Oleh kerana kebanyakan sanak saudara sedang bercuti Tahun Baru Cina, hanya kira-kira 20 orang dapat menghadiri majlis tersebut.

Turut menyertai majlis itu ialah ibu Bella, Kartini Ibrahim. Juga turut hadir mertua Azhar Zainal Abidin, Datuk Othman dan Datin Noraini.

Azlan tidak dapat turut hadir kerana beliau kini sedang bertugas di Amerika Syarikat.

Seluruh keluarga mengucapkan selamat jalan dan selamat menjalani kursus kepada Bella – dan mendoakan agar Bella mencapai kejayaan yang dimpikan. Amin.